masih lagi saya ingat hoh.


ini kisah zaman dulu dulu.zaman belum ada yang berjiwa kental.zaman masih bersekolah masih beruniform.semasa masih di sekolah saya pernah buntu saya keliru.saya tak tahu nak ajak sape pergi lepak di cafe.tak tahu nak ajak sape berjalan bersama ke dm.tak tahu nak tunggu sape pergi library waktu bm sebab cikgu nak discuss komsas.saya rasa sangat keseorangan.sedih dan sedih.

tapi akhirnya Allah turunkan saya segerombolan lembu lembu terpelihara untuk menemani saya ke mana mana saya mahu.mereka tak pernah buat saya kecewa. malah mereka buat saya semakin parah.mereka sumbat ubat gelak tak henti henti ke dalam kerongkong saya.jadi pabila bersama mereka saya akan ketawa huhu haha hihi merata rata.maka bersatulah kami.

masih lagi saya ingat tapak projek kami yang kini mungkin didiami oleh para pengikut kami. squah court.tampak bergaya serta membangkitkan lagi jiwa yang memberontak.setiap masalah tomahan hinaan dan cacian yang dilemparkan kepada kami.kami akan lemparkan balik ke arah dinding melalui bola sakti dan jeritan batin yang boleh meleburkan telinga.waktu prep petang yang dirasakan amat bosan dan lesu kami isi dengan penuh manfaat.syukur belum pernah lagi ditangkap oleh pihak berkuasa.

masih lagi saya ingat tapak projek kami yang kedua iaitu merata rata untuk mencekik segala masakan yang dibawa pada hujung minggu.oh seronoknya bergelak ketawa sehingga tersembur air sirap.maka menyiraplah darah si adik adik yang bertugas menyapu lantai.tapi apa daya mereka tak berdaya.video harus ada untuk dijadikan bahan gelak sewaktu subjek agama kerana waktu addmath akan digunakan untuk tido dengan nyenyak sambil melayan cerita guru kita.

masih lagi saya ingat apabila kita bertujuh disahkan dengan jayanya membawa handphone ke sekolah.kita lega kerana tiada lagi masalah komunikasi dan masalah kehilangan jiwa dan anggota di saat saat kita memerlukan.hanya roger sahaja.tidak kira semasa membasuh baju semasa melayan adik atau semasa di dalam jamban.kita juga mendidik diri sendiri agar berani menggunakan handphone di mana mana sahaja seperti di dalam kelas atau di tengah tengah court.barulah bergaya kita kelihatan.

masih lagi saya ingat ketika kami terpaksa masuk melalui tingkap rumah warden setiap kali handphone kami kehabisan tenaga.hendak sahaja menggunakan tenaga solar tapi khuatir wajah lebam hidung patah kening hilang dibelasah mereka.bila dekat dekat nak bell kami memulakan tugas panjat memanjat dan keluar sebelum diambil nama dengan muka paling jujur dan suci yang pernah ada di dunia.

masih lagi saya ingat bila semua perut perut lembu kekenyangan.masing masing mula merasakan urat urat bontot mengembang. jadi keupayaan untuk bangun menunaikan solat maghrib sedikit terbatas.maka kami bersidailah beramai ramai di dalam dm sambil bermain main dengan kuah ayam tembikai dan air yang diambil oleh adik adik mithali.terima kasih bebanyak.bila menunggu waktu isyak kami merasa kecewa dengan sikap rakan rakan yang lain yang sesedap rasa tido terbengkalai di celah celah dinding.kami mula rasa kami sungguh macho bergambar ketika itu.hah hah hah.lima minit kemudian kami ditegur dengan teguran pedas dan padu ahli badai.

masih lagi saya ingat kemana sahaja langkah kaki kita.disertakan dengan gelak tawa bergempita sepanjang jalan.dimana sahaja kita berhenti dihujani jeritan padu suara membuli.dimana sahaja kita bermesra.kelihatan mata yang memerhati dengan penuh rasa marah dan kurang selesa.
tapi apa kita kisah sebab kita tak memang tak pernah nak kesah pon.heh heh.


tiba tiba.saya mula rasa pedih mata.BASTARDS dah hilang sedikit demi sedikit.