mohd airin HAHA


ini lah dia kalau awak nak tahu.kawan saya yang paling degil bin degul.sentiasa buat saya demam kerana gelak tawa lebih muatan maka saya harus berwaspada dengannya.nama dia airin abdul rahman.takde syarifah takde siti takde nur.tapi saya selalu panjangkan nama dia menjadi mohd airin.dia tak kata apa apa pon lainlah kalau dia baling rak kasut ke arah saya atau pukul saya sehabis daya dengan raket squash.

dulu kalau awak nak tau kan.kami berdua sudah masuk senarai ''BUDAK TAK DENGAR KATA BAWAK TALIPON KE SEKOLAH'' tapi kami selalu berusaha menjadi macho dan bergaya apabila dalam hati dup dap dup dap cuak kebebeh bila ada spotcheck.kami menjaga talipon kami bagai menatang minyak yang penuh hingga melimpah ruah.selalunya bila lepas dinner saja kami berjalan dan menari sambil menyanyi lagu enthem kami.kami pergi belakang hall nak charge phone :p hek hek hek.kantoi uuu.

test suara test test :0 ini lagu enthem.

berkorban apa sajaa
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan muliaa aaaaa
ooooo oooo oo

table kami bila dinner selalu buat darah para pengawas menyirap tak sudah.kerana kami memang tak suka duduk dengan sopan dan diam.bila ditegur kami buat tak nampak buat bodoh buat tak tahu buat muka suci sesuci softlan.kami tak ambil peduli orang sekeliling asal kami puas hati.habis dinner semua naik surau nak solat tapi kami mempunyai bontot yang berat serta perut sebesar beruang untuk diisi dengan melampau.maka terhuyung hayang lah kami naik surau menunaikan solat.sungguh sadis.

bila saya diberi cuti atau bejot.maka saya biarkan dia solat dengan kucing begitulah sebaliknya.dulu kalau petang petang kan selalu ada aktiviti koko yang tahap kalau sapa tak pergi cikgu aziz amik nama haiyoo.kami pernah berniat untuk AH MALAS GILA DOH NAK PEGI JOM KITA JALAN JALAN CARI HIBURAN maka kami berjalan riang gumbira.tiba tiba seorang malaun menjerit WEH KORANG CIKGU AZIZ TENGAH AMIK NAMA SAPA TAK PEGI KOKO DOHH! ALAMAK MATI LAA WEH MATI AKU!! muka kami berubah kepada warna oren kahak harimau.cuak gila babi punya.alhamdulillah kami lepas dengan bertawakal.

kami selalu berpegang kepada prinsip DUITMU DUITKU DUITKU DUITKU LAH HAKTUIH! hoho gurau.kami tak berkira hal hal duit ek eleh takat nak suruh belanja kat cafe kan.haha.small matter saja.malah kami juga berkongsi harta benda seperti pakaian harian/makanan dalam loker/buku rujukan setebal tayar kereta/selipar jamban dan towel.ya dia memang tak senonoh.
dorm kami jauh sebatu.kami menggunakan pelbagai cara untuk berhubung macam baling batu sambil mencarut/main main miscall save sikit kredit derr/jerit sampai halkum terbelah dua.

dia tak suka katak. saya tak suka labah labah.maka kami selalu berhati hati antara satu sama lain.haha.selalunya dia lah yang akan ditipu sebab katak ni sebenarnya merata rata ada.ada yang comel ada yang hijau gila babbb.ada yang siap kulit bintik bintik kuning lagi.heee comel kan? kan?

bila saya ingat balik,dulu kami pernah mengalami pengalaman yang orang kata WOI KAU NAK MAMPUS KE? ada la suatu petang.kami masuk dorm tapi sebenarnya tak boleh masuk dorm tapi sebab kami ni otak bercabang lima kami tak dengar kata.lepas 15 minit dalam dorm tiba tiba warden jerit HOIH SEMUA KOSONGKAN HOSTEL!!KALAU TAK KITA BAKOR KITA BAKORR!GRR!! jerit sang warden.maka hampir terkincit lah saya.dia bagi idea suruh saya masuk dalam loker tapi malangnya saya terlalu gebu.maka kami berdua macam orang hilang pedoman menyorok kat tengah tengah diantara pemisah dorm.BODO GILA CUAK DOHH.kami dengar bunyi tapak kasut sang warden.sumpah warden tu bukak pintu dorm satu satu nak makesure takda orang*pasang lagu tema pink panther untuk lebih menghayati* airin tak cuak siap boleh dengar mp3 lagi -.-'' saya yang tolong cuakkan.huhu.

sebenarnya kalau nak dicerita nak dihambur nak ditaip memang banyak kisah di luar kawalan kami berdua.jadi kalau ada masa,insyaallah akan datang part II .kehkehkeh.geli ketiak weh kalau ingat semua balik.kenangan :) jadi saya minta diri dulu sebab mata dah pedih pedih sendu . kirim salam semua :D