bukan rezeki lesen P lagi.

hello semua apa khabar orang kampung? tahun depan umur aku sudah 20 tahun , muda lagi. tapi bila orang tahu aku masih takde lesen kereta alangkah hebat perasaan yang aku rasa seakan disodok sodok duri durian ouch.

selepas insiden gagal dalam ujian pertama , hurm nak tahu lebih? ---> KLIK!

jangan lebih lebih.

petang kelmarin cikgu call kata PETANG NI KITA BELAJAR SAMPAI LEBAM OKAY SAMPAI LEBAM TAU KALAU TAK LEBAM TAK BOLEH BALIK.

aku mula memandu macam orang mabuk gear berterabur bersepah sepah , bila enjin kereta mati aku salahkan orang sekeliling tehehee :p bila ada bonggol memang best ! kereta melambung dengan aku sekali ala macam main lambung lambung teww sewonox gilew.

dan hari ini terus test JPJ sila tepuk tampar diri sendiri dan sesuatu telah terjadi jeng jeng jeng. hang cuak dak? nak tau dak? bulih bulih cek habaq.sayang anak mami *tiba tiba*

aku daftar dengan penuh rasa bangga jalan mendada dagu ke langit sambil pegang nombor 18 warna hijau tsk tsk T___T tsk *hijau untuk orang yang gagal* kejam okay buat aku cenggini. aku buat kawan cepat hek hek baik orangnya student juga macam aku, perempuan terima kasih.
kemudian nombor 18 dilaung sehingga halkum pecah.

S: assalamuailakum encik hehe *kena gelak sikit*

J: ye waalaikumusalam masuk sila.

S: baiknye siap senyum lagi auuuuuu !
*dalam hati je lah kau kenapa nak aku kena lempang?*

kepowww! tiba tiba ada bunyi harimau mengaum dekat belakang eh eh kenapa ni? OKAY AWAK TERUS JALAN JANGAN PEDULIKAN SAYA . aku sungguh bertuah sebab aku dinilai oleh dua abang JPJ depan belakang habis gugur bulu kening , lutut lembik macam cendol nak memandu macam mana ni aku lupa ni wuuu T___T bertuah aku ni ermm bertuah.

aku tidak diluluskan kerana rupa paras kurang menarik dan kurang keyakinan diri serta kereta tidak memberi kerjasama naik bukit awal awal lagi maka aku malu , cuba kambus muka ke dasar kerak bumi dengan usaha gigih.


semua ucap takziah sebaik aku digagalkan T_T k sentap.