punyalah sibuk.

sebelum aku balik lenggang kangkung berhari raya , aku admit aku mengalami tahap kepenatan infiniti dimana aku tidak mendapat tidur dan kasih sayang secukupnya T_T seminggu sebelum cuti , aku terlibat dengan bazar ramadhan =) well , Alhamdulillah everything went well . hasil jualan roti john dan air soda boleh tahaannn . gerai lain hebat taknak kalah . menitik air liur sebaldi aku bila tengok chicken chop , kek coklat , dan yang sewaktu dengannya.

memang aku sibuk lah ! nak garu hidung pun tak sempat . dah tu banyak pulak lebah merewang di celah gerai , itu yang sampai keluar menu lebah goreng haha . apa apa pun aku puas hati dapat kenal dengan ramai lagi orang yang dulu aku rasa bongkak riak dan berlagak ! hoah , maaf =)

kesibukan aku juga terpancar , bila aku diarak ke sana ke mari oleh bus kolej . suka betul bus kolej dapat usung aku yang handsome ni , puih ! buka puasa diluar katanya maka dengan itu naiklah berkati kati lebat lemak tepu . benci aku ! -.- tak nak keluar dah nanti ! *paling muka*

bukti kesibukan aku juga , bila malam malam aku membantu awien memerah keringat memerah peluh di baju memerah daging daging burger. heh , buat burger derr. burger betul derr bukan bergembira derr. serious kabo ! dekat bazar padang ada stall nama burgembira ! terkucil kucil aku dekat situ juga tandanya memang lawak habis okay ? market gila . abang jaga stall muka pun ada harapan jeeeeee =p hik hok *korek hidung*

kesibukan aku bukan dibuat buat atau disengajakan.

sekarang bila dah kat rumah ni , aku rasa pelik habis kalau tak buat kerja ehem maklumlah dah dilahirkan ringan tulang agaknya ehem =p sila lempang aku sampai koma . ahaa , nampak gaya macam banyak benda nak kena buat since dah nak rayaaaaa dahhh woihhh ! =D hehe !

jom ? =)