tengok LEVERAGE nanti woih.

anda suka tengok tv?anda gemar menonton cerita aksi?anda peminat setia axn? hoho.mari dengar nasihat saya yang berguna.conform anda akan rasakan getaran hebat di jiwa.orang yang hensem cantik baik bijak anggun dan macho boleh ikut jejak langkah saya.


LEVERAGE.


theeheehe.tau tak cerita ni?tau takk?oh plis lah tahu sebab tak rugi satu haprak pon kalau korang tahu pasal cerita ni.sumpah weyh cerita ni memang excellento! kalau daripada lima bintang aku bagi dua belas.huh.ade certain manusia kan,nampak je tajuk tuh entah hape dan hape terus assume HEK ELEH CITE MENGARUT JE NIHH tak pun WEYH PLIS LA DOH INI CERITA ORANG TUAA TAK REMAJA GILAA KAU nak lagi best UHH BAIK TENGOK UPIN IPIN LA DERR.semua baling je selipar/kasut tumit tinggi.

leverage ni mengisahkan sekumpulan orang yang buat bisnes untuk mencari keadilan.tak paham?takpe korang tak bengap. dorang nih buat ape yang client diorang nak.dengan pelbagai cara.menipu.cek.merasuah.cek.menyeleweng.cek.menyelongkar.cek.tendang.cek.menyamar
.cek.dan banyak lagi unsur unsur keganasan.tapi the real and the truthnya mereka hanyalah sekumpulan rakan yang suka berjenaka.suka menyindir sesama mereka dan kadang kadang bodoh lah jugak.

sophie devereaux,the grifter.

dia pandai berlakon.lakonan dia memang menjadi kalah lakonan nasha aziz dalam cerita laila isabella.semua dia.pendek kata semua watak dah tersangkut kat dia and semua menjadi gila pulak tuh.tapi kadang kadang dia serius bodoh.aku pulak yang cuak bila dia serius.tapi selalunya dia akan jadi yang paling matang dan pandai berfikir dalam ramai ramai ni.cekap wohoho.

alec hardison,the hacker.

dia nampak saja muka pecah jamban.tapi kepala geliga tahap durjana.dia penggodam bukan penggoda.bila ada misi yang memerlukan pemindahan data dan segala kejadah haram melibatkan penggunaan teknologi adalah dia.mamat ni celik IT.kadang kadang menyakitkan hati.dia tak sengal pun.tapi apa yang dia kata dan perbuatan dia buat dia nampak sangat macam sengal gila.gila pun tak sengal macam dia.

parker,the thief.

dia cantik manis anggun muka sopan subhanallah.nampak macam budak pandai kan? aweks nih shit licik gila bab.aku fan dia doh.pandai gila mencuri hoh! aku bagi satu situation kasi special sket.eh tak payah lah aku malas.ok sodok hidung saya pakai straw.si awek tak perlu menggoda vip untuk mendapatkan pas pas tertentu.nanti orang yang dia goda tu koma 5 minggu masuk icu makan budu ikut tiub.

eliot spencer,the hitter.

dia pun saya suka aww sukanyaa aww hoyeah hoyeah *menari tango* dia nampak saja macam pendiam.macam alim ulama.muka dia selalu macam''jangan cari pasal dengan aku weyh jangan''
dia gagah perkasa kalau ada sengkuang tak guna macam gaya nak rosakkan misi dorang memang hancus lumat la orang itu dilenyek beliau.tapi kadang kadang he's fun and tolol. sekali tengok memang hensem dua kali tengok macam ALAHHH USOP WILCHA LAGI HENSEM UH. haa haa dan haa.

nate ford,the brains.

dan ini tok dalang.segala misi dan plan berani mati/berani kerana benar/berani macam gampang ini direka dan diplot oleh dia.setiap watak lakonan anak buah pun dia yang tentukan.dia pun ada berlakon dengan cemerlang siap boleh bagi oscar award zon kampung.semua orang respect dia sebab dia yang paling tua ,diala yang selalu ade krisis pertengahan umur hue hue hue.


nanti tengok woih.setiap episod cerita lain lain siyot.tengokla nanti tengokla.BEST WOHHOO! :D