the peraturan T_T


aku sekarang tak perlu merungut.musim sekolah ternyata sudah digantung dan dipahat jauh.terpalit disitu sebuah memori duka lara dan riang gembira.ternyata wajahku haruslah dilempang bertalu talu dek kerana mencipta ayat sebegini sastera haktuis T_T

oleh kerana aku akan ke pahang tak lama lagi.maka baru tadi nawaitu nak membaca dan membelek belek buku panduan pendaftaran terbit.wadetut.gua mula aa nak berintonasi radikal bro.macam haram jugak certain rules dekat sana.gua rilek.orang macam gua tak boleh senang gelabah.

gua masuk bilik.buku pendaftaran gua dah habis baca.nak khatam lima kali macam menderita sangat.gua tinggal buku atas meja dekat ruang tamu.sentap beb.




flashback time bebeh (Y) *pasang lagu tema upin ipin tampak meriah


peraturan tidak dibenarkan makan di dewan makan guna tangan.sangat menyedihkan lagi lagi bila lauk hari tu ayam masak merah.ayam masak separuh atau ayam masak lemak.pehh kalau makan pakai sudu garfu , habis baju member sebelah kau corakkan.yang putih dikuningkan.yang kuning dimerahkan -_- prefect,ambil nama.

peraturan jangan pakai selipar tandas dalam kawasan sekolah.menggelikan hati.surau sangat dekat lima tapak sahaja dari sekolah.bila ke surau berselipar maka alang alang nak naik class kejaaap je pun pakai sahaja selipar tersebut.bila ditegur hurm ramai yang menjawab.alaa! bukan bunuh orang pun pakai selipar jeeeeee -_- kecoh.prefect,ambil nama.

peraturan.tak boleh turun padang pakai baju sekolah.selalunya menjadi jadi pada lewat petang.mana mana yang baru balik dari class belajar sampai kecik kepala.terasa pula untuk bersenam tapi malas nak tukar baju -_- dari jauh..prefect,ambil nama.

peraturan tak boleh tak boleh kena hujan walau setitis nescaya akan dikenakan hukuman yang setimpal.walaupun tiba tiba berjalan di kawasan lapang then hujan.awak dimerit tiga puluh! lagi best kalau masa tu kau pakai baju sukan rumah sendiri.bangga ahli rumah yang lain -_- bila sudah dimerit tu.prefect,ambil nama.

semua ada hikmahnya.


sebab semua peraturan yang aku tak suka itulah yang membentuk aku sekarang menjadi empat segi --'' kini aku mampu membezakan mana putih mana hitam.kelabu lain sikit.hingga kadang kadang terbawa bawa ke dalam mimpi.over sangat pula bunyinya.




jom sambung baca buku panduan pendaftaran T_T tsk tskk.