surat untuk sahabat.


aku senang bangat.okay,pengaruh safa marwah sangat teruk T_T
seronok rasa dalam hati walau tak nampak samar samar sahaja.lama tak jumpa.bergelak sakan huhu haha.bertepuk dan bertampar sama sama.namun ditakdirkan kita berjumpa juga walau hanya melalui skype :')

alalalaaa sukenyeeee hik hik hik :D

airin abdul rahman teruja saya sewaktu kita skype bersama melayari malam yang sunyi.sila tikam saya dengan kaki kerusi :') geli ketiak pula rasanya.tapi serius doh eden ni malu bobonar nak skype dengan kome haaa.maklumlah dah lama tak berhubung.macam orang lain takpelah kalau sebulan tak skype pun sebab orang lain ada fb.tak sama macam kau --'' istimewa betul.

surat untuk seorang sahabat yang kewwl (Y)

kehadapan awak.saya harap awak sihat sihat sahaja.kalau sakit sekali pun janganlah mengalah makanlah jamu mak dara.jika sakit kepala makanlah ubat sakit kepala.jika batuk makanlah ubat batuk.jika sakit gigi jangan pula ditelan ubat gigi :') kini awak jauh di perantauan.perantauan lah sangat.bila sudah jauh janganlah sesekali berani melupakan diri ini.kerana sesungguhnya diri ini sehingga kini masih lagi hot dan cantik seperti dulu.peace (Y) hehehehe.

kopaklah hidung saya sepuasnya kerana saya juga kurang selesa menulis surat yang geli tahap kentang ini.tapi saya terpaksa demi memartabatkan bahasa ibunda kita (Y) juga demi persahabatan kita yang utuh dan kukuh pergh! awak pandai pandailah jaga diri di tempat orang.walau hanya tiga sahaja kawan awak saya tak risau cuma bengang sedikit.rupa rupanya awak tak berubah lagi tapi baguslah hehehe.saya tak mahu awak menjadi lebih hebat dari saya.ha ha ha.

awak.kalau awak ingin tahu.apa? saya tak peduli awak harus tahu juga.gambar kita berdua yang bersaiz 2R yang dahulunya saya cuci kini saya bingkaikan dengan frame yang cantik woo. bersama tiga lagi gambar yang lain :p hik hik hik.oh gambar juga cantik jangan risau awak tak kelihatan gemuk.tudung awak juga tidak horror.saya suka gambar itu kerana awak begitu gembira tersengih di sebelah saya :') masihkah awak ada gambar yang saya berikan? harap harap masih elok.harap harap tidak dibuang di bawah katil.

wahai ketupat.eh salah.sahabat.
sesungguhnya saya sentiasa mendoakan yang baik punyaaa *betulbetuldafi* untuk awak.walau kita tidak lagi sehaluan.tapi jangan risau akan ku bina jalan baru agar kita kembali sehaluan. jalan sehala lagi bagus agaknya.akhir kata.


air yang dicincang tidak akan putus.jadi cincang saja maggi goreng gerenti putus --''


yang benar,penulis surat abadi.