ulangkaji kereta.

malu lah gua macam ni.member semua dah ada lesen duk pakat buat rombongan pergi enjoy sama sama.gua bila nak dapat lesen? T_T member ada yang dah hilang jumpa semula lesen.gua pegang lesen sendiri pun belum bolehh.tunggu krismas kedua barangkali.

bukan gua lembap sangat nak belajar cuma cuma yelah ingat senang ke nak bawa kereta manual.ermm gaya macam selalu bawak kereta auto kan? --'' gua ada masalah sedikit dengan penggunaan gear.oleh itu,mari kita buat ulangkaji secara lisan dan istiqamah.

gear satu.digunakan semasa kau berhenti.tidak kira berhenti di mana mana.di simpang tiga.di jalan sesak dan semput.di lembah lembah kegelisahan akibat perasaan yang semakin cuak untuk meneruskan perjalanan.kedudukan gear satu adalah di sebelah hujung kiri atas.dalam blog laju jee kau tahu bila drive gear satu jadi gear tiga T_T tssk tsskk.lepastu mula mencarut dengan serba hebat.

gear dua.diaplikasikan dengan tanpa sebarang masalah (Y) bila lepas berhenti kereta mahu jalan dengan lebih selesa tukar lah ke gear yang kedua.jika tidak kereta akan menjadi berat.kau pula akan mengalami kemurungan jiwa.serta menyalahkan berat badan sendiri yang menjadikan kereta berat.guru yang pakar memberi motivasi amat diperlukan dalam situasi sebegini.gear ini berada di bawah gear satu sahaja.tak perlu gelabah anjing.

gear tiga dan empat.sambil korek hidung sahaja muehehehe.nada berlagak disini.gear tiga digunakan semasa err gua sebenarnya tak tahu bila.peace [ Y] gua tukar gear tiga bila gua nampak jarum menunjukkan tiga puluh.sama juga dengan gear empat.gua suka gear empat kerana dengan kuasa gear empat itu bermakna gua boleh memandu dengan lebih laju dan bersemangat wohooo.orang pandang pun kita boleh melambai dengan rasa megah.
gear tiga berada di atas tengah tengah.empat pula di bawahnya.

gear reverse T_T kadang kadang sungguh terasa untuk tarik dan cabut sahaja gear itu kemudian tikam diri sendiri guna gear tersebut.gua tak berapa suka gear reverse sebab bila nak reverse jee enjin nak mati.tskk tskk malu lah gua.jatuh laa saham gua.mula lah terasa nak angkat sahaja kereta ubah kedudukan.abang badang plis? :|


walaubagaimanapun gua bersyukur dikurniakan cikgu yang begitu memahami jiwa.sentiasa bercakap dengan gua sebab gua kalau gelabah memang bercakap tanpa topik yang sempurna --'' sentiasa memberi respon yang macho dan cool walau gua hampir hampir bergesel dan digesel oleh lori minyak T_T menyuntik semangat gua untuk lebih berani memotong lori lori yang berkeliaran di jalanraya.dan tidak lupa memberi kepercayaan kepada gua untuk memandu walau cuaca ribut dan petir (Y) hebat tak hebat tak? hehehe.


jasamu ku kenang sampai kelak daku berjaya mendapatkan sebuah kereta :D
ingat pesan cikgu.


''amie nanti bila dah ada lesen,ingatt,beli kereta auto okayy? "


beliau memahami.terima kasih cikgu azam.