kuantan, pahang.

orang kampung ,rindu ke? ahaks! kalau rindu cium bantal busuk sendiri. aku punya semangat holiday yang memuncak gunung kinabalu sekarang , biasalah baru balik tidur hotel jadi macam terkena kejutan budaya sedikit T_T

almost 1 tahun aku belajar perah tulang sum sum di kuantan dan sekarang baru aku tahu kewujudan De Rhe Beach Resort yang ohsem nyeh. mama ada meeting di kuantan maka kaum keluarga kerabat diraja harus dibawa bersama *packing dengan laju*

pengalaman yang cukup bermakna bila ada mak andam confuse jantina berlari lari dengan rambut palsu. adik pengantin perempuan terkedek kedek bawa baju pengantin kakak dia kah kah. macam mana aku boleh tahu semua ni? eleh bukan susah *petik jari tak bunyi* dan isu abang abang hotel angkat bag yang hensem T_T ala ala khairul fahmi che mat giteew sobs sobs.

malas menaip , urat jari jemari terkehel angkat periuk nasi tadi ouch*lempang aku* sila rujuk gambar yang aku sempat tangkap ini menggunakan phone berteknologi tinggi kebabom aku ini , pakai jari pun boleh hehe.

maaf ,taman ini dibina untuk orang orang tampan sahaja kau balik! hehe.

T_T muka siapa harus aku tumbuk? kanak kanak 12 tahun ke atas tidak dibenarkan
mencuba permainan ini padan muka. sentap beb sentap gila.

kolam ini dalamnya 9 kaki , dan dikenali sebagai kolam mencari calon suami ahaks! banyak cubaan mengorat dan sukan kenyit mata sampai lebam aku saksikan disini. habis macho lah tu lemas nanti baru tahu kauu haktuihs *ludah jarak jauh*

#kolam dekat sini memang banyak jadi tak perlu tamak haloba kau pilih mana kolam kau nak pergi kuak lentang k.


acane? terasa tak bahang dia? mesti ramai nak baling mangkuk jamban dekat aku sebab kecoh sangat baru pergi kuantan hok aloh. aku cuma nak tekankan dekat sini aku sangat gembira woih gembira gila ni rasa nak jerit sampai telinga kau lebur! hoargh aku gembiranyaaaa! *dihimpap pokok kelapa*

:') jumpa lagi.