rumah hantu.

kenapa muka kau macam tu? hilang mood aku melayang belakang rumah. maaf aku memang suka menyakiti hati adui ye pun.

berjimba aku dengan bimbo , nyamuk peliharaan aku seharian di rumah. sungguh romantis kami berdua ehek ehek aku tampar dia , dia gigit aku. gigitan manja seekor nyamuk yang dipelihara oleh seorang aku *_* adegan panas terhenti seketika *beku la konon ni*

iklan berguna dekat sunway lagoon ade scream park yang cukup mengairahkan lagi lagi tengah cuti sekolah kan? ada hantu melompat toink toink kau lari lari tersadung lari lagi seluar kau tercabut. aku tahu sebab aku pernah rasa . rasa apa? rasa sayang eh rasa sayang sayang eh *menari narilah*

SEKOLAH SERI PUTERI , HARI KARNIVAL- seorang pelajar perempuan mempunyai rupa paras boleh tahan telah dijumpai dalam keadaan tidak menyedarkan diri di dalam sebuah rumah hantu buatan rakan rakannya sendiri. mangsa dipercayai telah dipijak tara kuca tara kuca cha dan diseret seret sreeet di atas lantai selepas terkejut dengan gangguan hantu buatan. mangsa tersebut tidak menyedarkan diri dan dibawa keluar dari rumah hantu tersebut dengan bantuan hantu hantu yang bertugas.

kesemua hantu hantu itu ditahan dan disoal siasat dengan geli hati oleh pihak polis. mangsa mengalami kecederaan parah di dalam tekak , dipercayai akibat mengeluarkan jeritan berbisa sehingga rupa rupanya ada di antara hantu yang juga mengalami kemalangan.

mangsa dibawa ke luar rumah hantu dan dibiarkan di tepi jalan padan muka dia. kes ini telah menjadi bahan untuk meransang pertumbuhan urat akibat ketawa terbahak bahak.maka kini mangsa menjalani rawatan pemulihan di rumah sendiri.

melaporkan dari 3 tahun yang lepas.

peace berbunga bunga :D teheheheeeeee.