rutin sama hari hari.

assalamualaikum semua Malaysia Brunei! :D

sumber sangat girang gemilang aidilifitri tak tahu kenapa demam agaknya. tinggal lagi beberapa jam gua akan berangkat ke kuantan gua nak tunjuk gua otai sebab tu gua cakap macam ni hah hah. jangan terajang gua.

habis otai lah ni ? eleh.

hari ini aku baru perasan aku selalu buat rutin yang sama setiap hari sebab sebelum ni aku perasan aku handsome sahaja. bangun pagi, senyum dulu depan cermin buka tingkap tegur dulu ayam kambing hew hew. kambing nakal tau pagi pagi nak goda ahaks! mandi makan dan tonton tv sehingga lebam.

kacak bergaya mutu keunggulan , masterchef k.

itu makanan sungguh lazat bikin air liur mengalir hingga tasik chini.

anjakan paradikma langsung tidak ada. hanya saiz dan berat badan sahaja menjadi saksi T_T setiap langkan tarian dan langkah silat aku aplikasikan dengan rapi. suara yang merdu asli lemak lemak buluh perindu sangat diperlukan ketika sesi membasuh segala pinggan mangkuk di dapur *jangan ketawa ini serious*

situasi yang radikal tahap kentang di kfc ini membuat aku semakin hari semakin meletup , hehe suka hati lah nak puji diri sendiri :p dengki letteww.

masa ni lah pun nak buat semua kerja , nanti bila balik kolej aku jugak lah yang melalak 4 blok ARGHHH APA NI BOSAN NI EEEE BOSANNYEE T__T ARGHHH! *sepak member* misi aku belajar masak seakan akan boleh ditanam ke dasar kerak bumi rasanya. tahun depan kalau ada rezeki aku isi borang masuk masterchef , amacam? mahu tiap tiap minggu berdarah darah hidung juri juri tersebut kih kih kih :D

aku pergi kuantan dulu , lusa balik lah nak kecoh pulak *baling selipar*.