sabar lah.

oh i swear to you! yeah yeah oyeah haha layankan saja anak gadis yang makin hari makin sadis ini.cuaca diramalkan panas teruk bebenor sekitar rumah dan bandar berdekatan . nak sidai baju fikir lapan kali takut nanti kulit yang mulus ini hangus dek kerana sinaran uv .

mulus aku ni mulus mulus buaya giteww ihik ihik :p kau hade?

malas lah nak kecoh kecoh dalam blog aku puasa . eh terlepas lah hehe maaflah tak sengaja cakap aku puasa. eh terlepas lagi hehe *gigit gigit kuku* suka hatilah blog aku. kan? jadi menu berbuka puasa hari ini memang nak masakan diraja punya baik punya.

kalau boleh nak yang pinggan full takde lompong lompong. kalau ada jugak aku lambung. hebat tak ni adik mail lambung ni tak makan rasuah k. makan chicken chop jewww wakaka. pelik betul puasa sambil goyang kaki kepala depan tv . kau rasa pelik tak? *sepetkan mata tampak lagi berkesan*

tak senang puasa bila kau bukak tv semua cerita mesti ada scene makan . makan karipap sambil menangis anak hilang. iklan air jenama twister. mr bean jumpa kawan lama kuat makan ayam golek. buat cake pengantin yang sedap dan berkrim lemak manis tsk tsk tsk jahatnya kenapa jahat sangatt arghhh! *lempang tv pakai kayu besbol jiran sebelah*

lagi lima minit kepala benjol belah kiri mak bagi dessert sebelum buka puasa T_T

esok insyaAllah puasa lagi ehem kenalah puasa ehem tak baik tau. siap sahur malam nanti habis semua aku kunyah sampai meletup letup perut jadi gunung berapi keluar lava hak hak! sila ikat aku pada pokok kelapa kemudian geletek aku sampai puas.

yang lain apa tunggu? meh la join sekali meh laa *kelip kelip mata*

adik lalu makan apam muka diva habis , sentap k bai.