Padang.

padang sekolah rendah aku dulu besar dan lebar jadi bila waktu pendidikan jasmani aku mengelat dengan cermat. taknak aku lari 3 pusingan keliling padang ! panaskan badan kata cikgu T_T . paling hebat pun main baling bola beracun hak hak space nak elak besar sikit hakhak ! kan? *krik krik*

eleh . kau pun sama je duluuuu ! *lempar kerusi* kisah padang sekolah aku habis.

Padang MPK 2. semalam aku dengan ahli kelab PGC berbuka di padang . padang indonesia tahu ? bagus , bukan dekat situ . ini padang lagi best woo kasi gegar woo . dia punya bazar ramadhan kau pusing sampai lusa pun tak habis haha hebat sangat metafora aku hari ni --'' kondisi pembeli memang dasyat bau asap melekat di baju maka hangus dan hangit lah wangian hari itu.

awien nak daging rusa T_T tak pernah pulak aku makan so macam very jakun very eeww eeww so macam happy sikit sebab daging rusa habis ! yeay ! =D hehe lain kali ye awien ? dia pun menangis meraung raung depan kedai daging rusa tersebut . kesiann =p bila sedar 50 hengget melayang mula tampar muka sendiri bertalu talu , menyesal lah konon boros . puih !

HEHEHEHE SILA DENGKI HEHEHEHE ! =D

kami beramai ramai buka puasa di atas satu tikar mengkuang yang dah nazak T_T tapi sangat seronok =') sweet dan lagi sweet rasa sebab awien belikan titew balloon angry bird warna biru hikhik titew sukaaa ! arghhhh ! sukaa gileee kotttt arghhh! tolonglah paham ! *cium cium balloon* edisi makan berganti ganti dan suap mulut ke halkum berjalan dengan lancar , Alhamdulillah kenyang , brrrpp ! =D

mana lagi nak cari pokok biru T_T ye dok?


dan aku memang suka warna biru ! hehe =D

aku & awien memang senyum cenggitu u-olls . sweet tak? =p *lempang*
zaleha di zaman retro beliau.

Masjid kat belakang tuuuu memang bersih k (Y)

awien boroi tu nampak tu.

ini muka muka sedut asap lapan tong.

lepas selesai solat , aku semput tiga kali sedut asap bunga api -..- yang dari kolej memang susah nak dapat mercun baling kat kaki yang bunyi macam kentut tahan 3 hari . sedap gila kalau kena sebelah telinga gamaknya. berhari raya sakan malam itu *pasang lagi raya syarifah aini untuk efek yang lebih real*

tak cukup mood raya bunga api kebam kebom di padang . lagu raya dalam bus lagi membangkitkan rasa nak makan kuih bangkit kan? awhh beramai ramai shuffle secara halus dalam bus haha sakai gila kawan aku sakai gila --'' kau apa tunggu?

cepat ajak yang terpaling sayang sayang aduhai sayang pergi iftar di padang padang berdekatan. padang mainan , padang lembu ragut rumput , padang golf dan lain lain . k? hehe xoxo ! =D