sokong aku.

buat kali ke 7564738 aku meminta maaf sekali lagi kerana ketiadaan focus yang maksima dan infiniti terhadap blog sendiri . sejak aku tinggalkan blog aku mencari cinta . 

hidup aku pula bergelumang dengan masalah . semua masalah aku cekup namun akhirnya tiada anugerah yang ku terima . anugerah pelajar cemerlang jauh lagi aku lihat mungkin sejauh amerika. amerika jauh ke? aku sekarang di rumah , maklum saja musim cuti berkorban . jangan risau aku sekarang masih seperti dulu .
mungkin lebih kuat lebih berani berbanding dulu . gaya penulisan aku mungkin sedikit berbeza oleh kerana ketandusan kasih sayang.

berada di rumah untuk julung julung kalinya dan menggunakan bahasa yang sebegini kaku buat aku selesa. terasa kembali ke zaman cerita bujang lapok . dashboard blog juga bertukar wajah makin memberi aku sebab untuk tidak menulis . 

nerd aku rasa . 

banyak sungguh cerita menarik diantara rakan rakan blog ku yang masih belum ku selongkar . semoga cuti kali ini menjadi lebih indah dari yang dulu =) perlahan aku mula melangkah kembali , sentiasa ingin memperbaiki diri . 

dan aku mungkin lebih senang meminta sokongan dari orang sekeliling kini . jaga diri semua =)