risau lahh weyh! RISAUUU AAHHH!

eh bodohnya kenape tiba tiba rindu pulak kawan kawan.berkaca kaca mata.yang paling tak tahan bila dah teringat ingat kat kawan paling tak rapat.yang tak rapat tu lah yang dibenci.yang dibenci tu lah yang di sayang sekarang.yang keling itu lah aku --'' ayat novel mane aku pakai nih? macam gampang je.

aku tengah risau niiiih.PAHAL KAU SENYUM DOH? jom risau dengan aku.

berat badan- SAPE SAPE ADE NUM PHONE DORAEMON? aku nak mintak pil kurus 3 balang dengan mesin buang lemak kat dia.makin hari bersidai dalam rumah makin montel pulak aku.aku boleh rasa la aku dah gemuk tak payah bagi tau terima kasih -.-'' ohh tak larat. rase nak menaip pakai gigi.ERGHHH!!

kerja- aku baru berhenti keje.jadi sekarang kalau nampak je JAWATAN KOSONG mate bersinar sinar haaa :0 keje! keje! tapikan,malas masalah utama. kalau boleh la kan kalau boleh aku nak cari kerja yang dari pagi sampai petang je.janji ade aircond, kerusi aku nak duduk.kedai makan 5 tapak aje dari tempat keje.HEH HEH SYURGAA WOHH! erk.bunuh aku cepat.

result - tiada komen hanya mengucap panjang sepanjang panjangnya *tadah tangan doa*

kawan kawan- walau hari hari saya tengok dorang dalam fesbuk saya masih lagi rindu. ade yang berubah jadi lagi kacak dan macho dari saye.ade yang jadi lagi teruk perangainya dari saya. hampir gugur kening tebal saya kerana terlalu merindui kawan kawan.fuh fuh.rindu bodoh.

buah hati - maaf.saya pengsan.

kesihatan- untuk penjagaan kesihatan yang optimum saya telah melakukan pelbagai alternatif seperti menghantukkan kepala ke dinding dan tv plasma semasa sakit kepala. meniru semua aksi aksi jackie chan melawan musuh semasa cuba melawan sakit perut.ya,tampak bergaya. telan pelbagai ubat ubatan yang dijumpai di celah celah almari dan bantal.pahit belakang cerita. BILA MALAM AKU KOMA.hoh! rupa rupanya kuman extra large dan cacing sepanjang 3 cm ditemui terbelit di usus.


p/s : perasan tak bnyak mukadimah post aku yang tak kene dengan ape yang aku nak cerita? --'' KESAN SAMPINGAN UBAT UBATAN AKU RASE :0