T__________T

sampai bila aku nak rasa macam ni?sampai aku terlantar koma sehingga kesemua rambut rambut gugur? keinginan untuk menghantukkan kepala ke dinding sangat memuncak untuk memperbetulkan otak dan perasaan.suka hati la kan nak datang nak pergi.HIDUP KAU SO SUKA HATI KAUU LAH KAN?BOLEH JAAALAN LA KAN? tapi kenapa pulak aku nak emosi melebih.nampak SANGAT dia tak kenal aku.aku je melebih lebih lagi kenal dia.semua aku kan! nak marah aku.nak bergembira aku.nak sedih aku.nak lempang orang sampai gigi berterabur pon aku.entah malaun manekah yang turunkan pada aku ilmu emosi melampau macam nih.

aku mahu kehidupan ni lebih kemas teratur mudah dan tak susah nak dihandle.sebab aku mahu rase gembira dan seronok.dari berduka,lebih baik aku bergembira gelak sakan huhu haha. tapi selalu saja ada yang datang menoreh noreh menggilis gilis hati aku seperti hati lembu untuk dimasak lemak sebagai sajian di hari raya haji dimakan secara berjemaah dan penuh afdal.bila kenyang makan semua boleh balik.sama macam konsep yang diaplikasikan sekarang bila menyakitkan hati terus boleh balik.pergi jauh jauh.

bila ada yang singgah datang bertanya. WOIH KAU EMOSI EH?NANGES EHH? KENAPE EH? SEDIH EH? memang aku akan tanye soalan wajib KAU NAK MATI AWAL EHH??aku sedih.
kau boleh tolong aku ke?boleh ke?tak boleh kau main jauh jauh jangan pandang belakang. tampak emosi kan? nak bagi feel lagi umph aku hanya mendengar lagu rentak slow yang didengar oleh manusia yang bermasalah sahaja.sehingga mengalirkan berjurai jurai airmata disertakan sekali hingus hingusan bermacam macam warna. aku emosi tahap moksya,mungkin.
ade satu persoalan dalam kepala aku sekarang ni.aku tade jawapan untuk itu. aku rasa tak mahu bercakap dengan orang mahupun mendengar orang bercakap.

T_______________________________________________T kau tak pernah faham.