tertekan

saya suka makan.apabila saya makan,saya rasa sangat puas hati.perasaan puas hati itu lagi puas berbanding perasaan saya semasa saya membebel pada paras bahaya kerana celaka bilik saya berselerak dan bersepah.bilik saya bersepah sana sini tak jauh bezanya jika dilihat pada pandangan pertama dengan menggunakan kepala lutut saling tak tumpah seperti loji kumbahan yang sedang direnovate T_T saya tertekan.

bila saya makan semasa tertekan,setiap kunyahan dan suapan ngaaap ke dalam mulut itu terasa seperti berada di disneyland --'' jangan buat muka memang itu yang saya rasa.walau hanya biskut jacobs kering.tapi bila saya tertekan juga daya pemikiran saya yang lambat dan serba kekurangan ini akan berfungsi secara pukal dan secara membabi buta.idea datang mencurah curah ke ladang gandum.

idea apa? biskut jacobs sedap dimakan bersama apa? tepuk dahi tanyalah diri.hihihi :D maaf saya terketawa pula.saya tak seharusnya ketawa sebab saya tertekan sekarang.keadaan saya hanya separa normal.dan memerlukan renjatan kuasa elektrik kuda belang.

tiba tiba makin tertekan pula --'' MARIMAR MARIMAKAN #esok puasa