mari berdamai adik.

entri kali ini agak emosional.

baik macam ni.aku tak sombong dengan kau.ye kau.jangan pandang belakang kau nanti kau nampak mak limah tengah makan popcorn.aku bukan dah lupa kau macam aku dah lupa bau dumping ground belakang blok ruby yang bau harum ahh semerbak fuhh menusuk lobang hidung tak.aku bukan nak singkir kau jauh jauh sampai ke langit ke tujuh macam aku singkirkan segala sampah sarah yang bersepah sepah dalam bilik aku which is soooo banyak bergebang gebang T__T kau tahu aku macam mana bukan? tipuu laa tak tahu kan? tepuk dahi tanya lah member aku apa kau dah buat depan aku,belakang aku,kiri aku,kanan aku.

dah tanya? kalau dah tanya bagus.satu tepukan yang gemuruh buat kau.jadi apa yang kau rasa? rasa sayang.rasa coke.rasa oren.kau pilih mana satu bagitahu aku sebab aku takdak rasa dah :) rasa menyesal tak pernah derr.rasa sakit hati mungkin ada kadang kadang.kau ingat tak apa kau dah buat dekat aku dulu? meh la aku listkan sikit kalau kau dah lupa.































banyak kan list aku bagi? semua yang kau buat.setiap apa yang kau rancang.setiap apa yang kau fikir.semua tak bagi sebarang kesan bagi aku.macam ni lah zaiton,kau pergi sekolah kau belajar pandai pandai sampai puncak alam.haa kalau terserempak dengan kawan aku kat uitm puncak alam kau kirim salam.ramai kawan aku kat sana.

aku tak marah kau lah senah.aku tak pernah ada niat bahkan nawaitu untuk berdendam dengan kau.nawaitu saumaghodin ada lerr.kau baik dengan aku.layaaaan semua benda mengarut yang aku buat masa kita bersama.ingat tak masa kita bersama sama melayari bahtera yang indah awwhh geli ketiak lah pula aku rasa.semua yang kita lalui berbekalkan pedang dan senjata itu dan juga semua hinaan makian tohmahan dan cacian dusta.hina dan dina yang kita lalui.ops silap.aku rasa aku sahaja yang melaluinya.tapi jangan risau aku ingat kau cuba membantu dari belakang.

marilah kita kembali berdamai samsiah.aku rindu kau kadang kadang ehek ehek.kau tahu kau siapa.kaaannn? baru tadi aku baca blog kau.mengambil masa satu jam juga sebab font kau kecil sahaja macam semut pijak sahaja sudah mati --'' besau kan lah sikit font.kesian orang istimewa macam aku terkebil kebil terbongkok bongkok depan screen mengeja.
sampai disini saja hubungan kita *ketap bibir*


kita sambung pula kejap lagi.hihihihihi :D kalau anda gembira tepuk tampar! happy ending.


p/s: list tu aku tak buat pon saja kasik cuak kau lerr.dah dah jangan nangis.kau nangis aku buat betul kang list tu.namau sedih sedih taww :P pandang belakang kau.kak limah melambai hee heee heee ^.^