kenduri.

oleh kerana sekarang ini budak budak bercuti maka ramai lah anak anak muda mula buat keputusan untuk menikah dengan jayanya. cuti kali aku rasa sangat gedempul berkati kati gulai kambing dan lembu T_T makan saja kerjanya.

dalam satu minggu ada lah jugak 4-5 tempat kenduri aku terjah dengan cuaca afrika sekarang wuu makin hitam lah aku wuuu dahla memang semula jadi hitam wuuuu T____T tsk tsk. kalau boleh rasa bila pergi kenduri tu nak pakai baju yang paling nipis yang ada nanti kena baling dengan periuk belanga takde adab katanya.

kalau dekat tiada yang peduli.

ini ada lah dalam 2 jam nak sampai rumah buat kenduri itu maka habislah patah terkehel kehel urat bontot den apo kono ea jang? hehe nogoghi sombilan pun bolehhhhh. aku tak minat pergi majlis kenduri makan ramai ramai bawah khemah sebenarnya :') aku lagi suka duduk rumah goyang kaki buka channel 615 tengok ''oggy and the cockcroaches'' kui kui kui.

ini baru balik lah ni baru balik *muka penat nak makan orang*

hakikatnya banyak lah bunga telur dan barang barang lain yang berjaya dikutip masa pergi kenduri --'' aku tak peduli aku tak suka aku nampak aku buang :p hehe bukan ke lagi bersih giteww rumahnya.

leceh juga bila ke hypermarket atau supermarket atau mini market.

ramainye pelanggan maju betul musim cuti ni yeee? *mata bulat* semua nak borong kan? aku jugaklah yang rasa nak bentang jee tikar dekat cashier tu tunggu sorang sorang bayar lauk pauk mangkuk bertimbun nak buat kenduri T__T banyak lagi ke bang?

lagi best kalau dia guna dua troli.FULL.

sekian , rungutan kenduri minggu ini bye bye *kira bunga telur*