lepas habis sekolah..

assalamualaikum awak awak dan ya awak.

dua tiga minggu sebelum spm dulu benda benda inilah yang tersembul terpacul keluar dari mulut member member yang muncung shekshi giteww.gian sangat tak sabar nak habis sekolah kan biasalah kan remaja nak membesar kan.

dan aku maafkan kamuuu *tibe*

sebelum buka buku biology , weh nanti bila kita dah habis spm aku turun kl kita lepak sama sama rompak bank nak tak? lepas tu kita tengok movie sampai lebam hehe. lalu member pun bagi kita makan selipar jamban , kau ada?

sebelum buat addmath soalan number 5 daripada 158 , nanti kita minta universiti sama eh? boleh pergi class sama makan sama semua sama sama kira i jump you jump lah nanti eh eh sama tau.

lepas baca sejarah tingkatan 4 , kalau kita tak dapat university sama nanti weekend kita jumpa lepak ramai ramai dekat mid valley baru best nanti kita main kejar kejar dekat sana barulah balik rumah muka lebam kena baham dengan orang awam T_T

dan hakikatnya banyak lagi.

aku mungkin terlampau rindu zaman lampau aku . zaman sekolah.