selamat leha selamat.

assalamualaikum dan bukan semua entri aku mula dengan memberi salam maka ini azam tahun baru sila peka.

aku guna saya tampak lebih sopan dan santun melantun lantun kerana hari ini hari jadi kekasih gelap saya merangkap kawan saya yang paling err paling err entah *sakit tak hati kau? haha. mari kita menulis surat berjela lebar hektar panjang.

****************

kehadapan zaleha kawan saya ,

lama sudah kita tidak berjumpa muka ke muka *face to face* rindu pula terasa di hulu hati oleh itu gambar awak hari hari saya lihat sehingga saya muntah nasi yang dimakan untuk sarapan pagi.saya harap awak sihat sentiasa disisi keluarga dan choki choki.

wahai markonah,

maafkanlah saya sekiranya saya sentiasa mengganggu malam awak sebab saya tahu saya tidak menggangu awak di siang hari hee hee.izinkan saya ketawa apabila secara tiba tiba saya teringat suatu ketika , dimana kejadian yang tidak diduga berlaku antara kita. ingat lagi kita sama sama menonton super spontan yee tak sedar esok ada paper T_T dan juga waktu kita sama sama asyik dibuai lagu lagu hindustan sehingga berdarah hidung kita eyeckk! geli saya.

sebagai teman sebelah katil , awak sangat memberi inspirasi tatkala tidur. mimpi ngeri awak juga mimpi ngeri saya sebenarnya T____T tapi tak apa , saya redha.tak tipu ni redha.

"itu bukan redha izzah, itu pasrah" - ini sedutan dalam filem ombak rindu , peace.

saya sungguh bersyukur dikurniakan ketupat seperti awak. eh silap sahabat. awak membantu saya disaat saya ditimpa masalah.awak debik mereka mereka yang telah menyakiti hati saya. disaat saya hilang arah , awak curi kaca mata jiran sebelah dan berikan kepada saya maka saya menemui arah yang hilang itu. muchos gracias senorita :> akan ku jaga mahligai cinta yang kita bina *pengsan betul*

oleh itu ,

saya syahmi jofree yang ternyata lebih berkeyakinan tinggi dan anggun dalam baju kebaya merah menyala semangat waja ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke 19 kepada awak pada hari ini yayy! :D umur kita sudah sebaya , sila jangan malu malu untuk lempang saya hingga ke dasar bumi selepas ini. semoga awak lebih maju dalam proses penggunaan garnier di masa akan datang haa haa haa ini lawak.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU, YOU BORN IN THE ZOO MBEEEEKKK! KAH KAH KAH SWEET NINETEEN AILAFYU LU LANGSI LU MATI.

#rupanya tiada langsung gambar kita berdua saya kecewa k bai.


yang terbukti kacak kau jangan dengki,
SYAHMI & AWIEN ♥ ♥