sekali sahaja.

aku juga manusia , hamba Allah yang dikurniakan perasaan . sekental mana hati aku bertarung dalam peperangan melibatkan hati dan perasaan . ada waktunya aku jatuh tersadung di atas tangga. mula menangis perlahan lahan , kesat air mata dengan baju sahaja.

senyum aku , kau tak tahu apa.

awal tadi . aku terbaca satu entry terus aku meraung raung guling guling atas lantai selet hingus atas carpet. nampak tak sedih dia? sentap sedikit. dalam hati mula terbit soalan cepu cemas who wants to be a millionaire. semua orang dah lupakan aku ke? T_T aku mula mengemudi perasaan aku sendiri.

aku tak pernah memaksa apa lagi menyiksa. sejak dari dulu aku diajar untuk berharap , mungkin nanti semua tak seteruk yang aku bayangkan. tak seteruk bau telur yang busuk diperap lima hari. sehebat mana pun cuaca , apa salahnya berharap?

semoga aku masih ada semua yang aku pernah ada.