seri puteri with girls.



hai semua i'm backkkkk! *terajang pintuuu* hehe suka tak suka tak ? ehh ehh jangan eksaited sangat takut aku. dah bersawang ke blog ni eh nampak kemas lagi ni cantik je kan? :p pergi berjimba di kuala lumpur hampir seminggu hingga terlupa pula dengan komitmen yang penting ini. maafkan kanda.

seronok kemain. jumpa semua kawan kawan lama yang dah dua tahun tak tahu tinggi mana tak tahu banyak mana jerawat di mukanya tak tahu sedempal mana tubuhnya T_T bila jumpa habis lebam halkum , menjerit lapan harakat , pedulik hape. peluk cium muah muah dulu sebagai mukadimah tuan tuan.

yang paling seronok bila ''sugar'' juga aku heret tanpa belas kasihan , teman pergi sekolah ambil sijil tau tauu teheheee mengada teruk.

lepas dua tahun baru lepas rindu tsk tsk. lagi ramai kan lagi best tapi yang lain busy :'( aku pulak bukan senang nak muncul tiba tiba , maklumlah konsert banyak uols *toreh muka sendiri* dan penulis entri ini memang boleh kita sama sama bagi anugerah pemalas sejati yang berdedikasi sebab penulis cuma nak sepahkan beberapa gambar sahaja selepas ini.

sila nikmati bersama sama kit kat percuma jiran kau bagi.

memang kena kumpul ramai ramai dekat cafe macam ni k.memang kena --''

comel lote itik gembo gembo semua ahaks !

meet sweet fain , manja , hilda and of chos la me ! sweet also :) *sesi puji diri sendiri*

belakang adalah loker laptop kenapa dulu tak wujud pungg ! T_T tsk. maju sungguh.

cikgu biology T_T rindunyehhhh kelas biology *padahal tidur lebih*

alamanda :)

terima kasih yang tak terhingga banyaknya berjuta juta lemon kepada umie , hilda , dyen , fain , mai , manja dan yang sewaktu dengannya. seronok dapat jumpa semua :') dah tak rasa dilupakan lagi dan cerita hindustan makin menjadi jadi disini sila turut emosi bersama sama.

jumpa lagi ! xoxo ! :D