tak lama dah tak lama.

assalaaaamualaikum ! *tunjuk tapak tangan*

three four. berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa , tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembiraaaa * joget pahang* miahahaha :D ini kalau jirang tetangga dengar mesti aku kena halau buang kampung ni mencemarkan nama baik penghulu kampung puih.

dah tak sabau ni tak sabau . haha teringat cikgu addmath aku form 4 dulu :') dia selalu suruh aku pindah sekolah katanya AWAK NI SAYA TENGOK TAK BOLEH PERGI JAUH ADDMATH NI AWAK TUKAR LAH SEKOLAH CEPAT CEPAT SEBELUM MENYESAL KATAK NANTI katanya dengan tenang tenang air di laut T___T tapi sekarang ! tengok . course accountancy aku hambik tahu? heh *sentuh hidung tanda gangster*

oh lupa. aku teringat dia sebab dia suka sebut sabau sabau ni. dah ajar addmath memang kena banyak bersabau yedok? dah tak payah buat muka loading sangat.

oleh kerana walau pun aduyai ada lagi enam hari masuk kolej pun. maka tahap kecelaruan emosi mulai terbit pun untuk membeli barang barang wajibulghunnah. eh macam tak percaya dah nak masuk kolej kan? tak percayanyaaa *lempang member* aku nak pastikan semester ni gempak. lagi gempak dari komik gempak edisi july. cepat wish aku good luck !

kau orang selalu dengki dengan aku kan? wuuu wuuu.

kepada bakal teman sebilik nanti , ni ada surat ni. sila baca dengan tenang gerenti tiada typo dan sila jangan buat muka. aku nampak.

awak semua ,

jutaan terima kasih kepada kamu kamu dan kamu sudi untuk melalui malam indah akan datang bersama saya . andai kata saya buat salah saya tak sedar macam selalu , sila lah tegur saya dalam nada yang elok . khuatir jika salah caranya mungkin ada yang terkena sepakan terlekat di pintu bilik. sob sobs. tiada perenggan baru. jika saya mengalami kesukaran bangun tidur ke kelas kejut tak bangun sakitnya hati , tariklah hidung saya sepenuh tenaga dragonball. Insyaallah berjaya . dan banyak lagi jika. jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu . . . langit untukmu. hehe sweetnya saya tapi surat ini pendek tak best.

tak apalah janji ikhlas dan rock selamanya. xoxo.